Wednesday 17 August 2011

Sambutan Badar al Kubra Peringkat Negeri Perak




 







SELASA 16 OGOS 2011- Sambutan Badar al Kubra Peringkat  Negeri Perak telah berlangsung di Markaz Pengkalan Pegoh walaupun dalam keadaan hujan. Program yang dimulai dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib,isyak dan terawikh berjemaah di bawah khemah yang disediakan. Program diteruskan lagi dengan penyampaian ceramah yang dimulai dengan Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Bakar Hussin, Ahli Parlimen Pasir Puteh Kelantan, YB Muhammad Bin Husain yang mewakili Husam Musa yang tidak dapat hadir disebabkan  urusan yang tidak dapat dielakkan.Program diakhiri dengan ceramah yang disampaikan oleh Menteri Besar Pakatan Rakyat,  Dato Seri Ir Mohd Nizar bin Jamaluddin.Turut hadir pada majlis tersebut Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan AJK PAS Perak.Majlis berakhir sehingga jam 12 malam.

No comments:

Post a Comment