Thursday, 31 May 2012

Tunggu kejutan di Himpunan Hijau esok





Harakahdaily, 31 Mei 2012  
KUALA LUMPUR: Dijangkakan akan ada beberapa kejutan akan diumumkan oleh PAS dalam Himpunan Hijau ke Putrajaya yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar esok.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya berhubung 'kejutan' itu, beliau berkata ianya mungkin diumumkan pada acara kemuncak di sebelah malamnya.b"Malam esok adalah program kemuncaknya di mana semua pimpinan utama PAS akan hadir.b"Semestinya mungkin ada beberapa orang baru nak isytihar masuk PAS," katanya.

Sebelum ini desas-desus menyebut beberapa lagi tokoh berpengaruh dan pernah memegang jawatan tinggi negara akan membuat perisytiharan meyertai PAS pada Himpunan Hijau ini.

Sejak kebelakangan ini, ramai tokoh dan salebriti yang cenderung kepada agama mengumumkan secara terbuka menyertai PAS.

Ianya termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari, dan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah."InsyaAllah, tokoh penting," kata Mustafa lagi.

Sementara itu, Himpunan Hijau esok akan bermula dengan program tertutup di sebelah pagi di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.Program yang dinamakan 'Amanat Khas Pimpinan' itu akan menghimpunkan seluruh pimpinan PAS dari semua peringkat. Kemuncak program pada pagi itu adalah ucapan amanat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Ucapan Presiden PAS itu nanti semacam ucapan dasar waktu muktamar juga lah.

"Ianya semestinya akan fokus juga kepada persiapan dan unsaha menghadapi pilihan raya," kata Mustafa lagi.Program terbuka kepada umum pula akan bermula seawal jam 4 petang di Stadium Darul Aman yang dinamakan Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya.Program itu akan menampilkan penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus dan selebriti Bob Lokman yang akan mempersembahkan sketsa bertajuk Belantan Pusaka Durjana.

Program kemuncak sebelah malamnya pula juga di Stadium Darul Aman dan akan bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, solat hajat dan munajat perdana. Program ceramah oleh pimpinan utama dan 'kejutan' akan dimulakan sejurus selepas solat Isyak.

PAS IPOH TIMUR- Nak tahu apa kejutannya, moh kite ramai-ramai  ke sana weh. Jangan tak pergi.Rugi.

Tuesday, 29 May 2012

Pemimpin UMNO ajak anak muda rosak macam depa....

Oleh : PUTERI BULAN
http://kedahla.blogspot.com,




Kadang-kadang Puteri naik heran...dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih tak "peka" dengan sikap UMNO haprak....

Umpama kerbau yang dicucuk hidung...umpama robot yang disetkan suisnya....ikut telunjuk..tak mengira halal haram...seolah-olah apa yang dibuat oleh pemimpin UMNO busuk...yang haram bertukar halal....

Himpunan Sejuta Belia.....bukan main gah...canang pelusuk alam..nak sajikan pengisian rohani...tapi apa yang terjadi....program maksiat menjadi agenda....anak-anak muda didedahkan dengan budaya barat. yang menyimpang jauh dari ajaran Islam...apakah ini nilai pengisian rohani dimata pemimpin UMNO haprak!

Anak muda rosak di tangan UMNO..anak muda akan hilang pedoman bila bersama UMNO...anak muda akan jauh dari agama bila berkawan dengan UMNO...yang nyata dan perlu lagi bersuluh...pemimpin no 1 UMNO sanggup turun padang bersama-sama menunjukkan taring kehebatan melakukan perkara mungkar...pemimpin-pemimpin UMNO busuk yang lain....tak segan silu..bersama-sama terkinja-kinja dengan anak-anak muda ...kononnya nak tunjuk kebersamaan....

Makcik-makcik...pakcik-pakcik kat kampung..yang selalunya asyik...angguk-angguk...geleng-geleng..iya-iya...saya-saya...kiri kanan ikut saja....bukalah mata luas-luas...kalau macam tu perangai pemimpin yang menerajui Malaysia..jamin ka anak-anak makcik selamat...bukan selamat kat dunia saja...fikir sama selamatkah diakhirat kelak....

Bila anak-anak muda ke perhimpunan bersih.....mereka dibelasah..mereka diseret macam penjenayah...bila anak muda pergi kuliah agama...mereka dicop pelampau..mereka dituduh sesat...bila anak muda bangun membantah kerakusan UMNO..mereka dikatakan tidak kenang budi..terpedaya dengan pembangkang dan sebagainya...tapi bila anak muda dilalaikan dengan program maksiat....didedahkan dengan pergaulan bebas...mendedahkan aurat....minum arak....tak ada pun suara-suara UMNO haprak yang menyalak menyalahkan pemimpin UMNO...seumpama direstu....lagi pun apa nak susah..kalau termengandung..sekolah mengandung sedia menanti pendaftarannya....tak gitu....

Tepuk dada tanya iman...jangan tanya selera....kalau begini rupanya pemimpin kita...fikirkanlah...apa akan terjadi kepada masa depan anak-anak muda kita.....mau tak mau..suka tak suka....PRU 13 ni...buatlah sesuatu...rasanya tak perlulah Puteri sebut...faham dah kut........

Bagi Puteri..tidak akan sesekali redha UMNO haprak menjadi pembimbing anak-anak Puteri.....bak kata orang Baling....tak kelapaa.......

PAS IPOH TIMUR- Makcik-pakcik, apa kata sesekali bagi anak ikut program PAS,insya Allah kami menjanjikan program-program yang lebih bermanfaat. Jom Ubah,InsyaAllah Malaysia akan lebih makmur.

Wednesday, 23 May 2012

DEBAT : Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah ....


... Laporan sebegini memberikan tekanan yang lebih berat kepada Najib agar menerima cabaran berdebat dengan Anwar.

Tambahan lagi, kesimpulan yang dibuat oleh moderator malam tadi menyebabkan para penyokong Umno di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf benar-benar marah kepada kesimpulan Dr Maszlee itu.

Menurut penonton yang berada di dewan itu, sekumpulan penyokong Umno marah kepada pihak penganjur yang membenarkan Dr Maszlee menekan Najib sebegitu rupa.... Berita ini dipetik dari Harakahdaily

Kenyataan Dr Maszlee itu sebenarnya kenyataan yang benar dan tidak prejudis untuk membuktikan dan mengiyakan samada PM seorang yang berani kerana benar atau takut kerana salah.

Tuesday, 10 April 2012

TV3 Mana Sensitif?? Boikot jer...Sudah Makin Melampau.Itu sebab tayang adengan terlampau

Kristen Stewart and Emile Hirsch merupakan pelakon utama filem 'Into the Wild'.
 
TV3 Mohon Maaf Kesilapan Penyiaran Adegan Bogel Emile Hirsch 
 

PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 pada Selasa memohon maaf kepada penonton negara ini terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem Into The Wild yang disiarkan menerusi saluran itu pada 24 Mac lalu.
TV3 dalam satu kenyataannya kepada mStar Onlinedi sini Selasa berkata, pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak.
“Pihak kami memandang serius insiden ini dan TV3 akan berusaha memastikan kandungan dan paparan yang disajikan kepada para penonton bukan sahaja sarat dengan elemen hiburan dan "infotainment" semata-mata, malah turut memastikan ia dapat memberi impak positif dan kesan moral bersesuaian dengan cita rasa penonton,” kata kenyataan itu.
Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar pada Selasa membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon Emile Hirsch.
ACCIN turut kesal dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) kerana kegagalan menapis adegan seperti itu dan juga filem-filem lain dari luar negara.
Sementara itu LPFM yang dihubungi mStar Online memberitahu pihaknya telah membuat 24 pemotongan adegan “panas” dalam filem berkenaan sebelum dibenarkan untuk disiarkan oleh stesen televisyen itu.
Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, TV3 sepatutnya perlu membuat penyuntingan semula lebih-lebih lagi pada adegan bogel yang dilakonkan oleh Emile Hirsch.
“Selepas pemotongan dilakukan oleh LPFM, pihak kami telah meminta TV3 untuk membuat penyuntingan semula. Tak sangka ia boleh terlepas begitu sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, tambah Raja Azhar, apabila sesebuah filem atau drama yang telah ditapis dan disiarkan itu mempunyai isu-isu sensitif, ia akan dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) untuk diselidik.
"Pihak kami akan menghantar laporan tentang isu berkenaan kepada pihak SKMM untuk membuat tindakan lanjut dan berharap semua stesen televisyen di negara ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya.

PAS IPOH TIMUR- TV3 ni memang dah lama tak beretikanya. Daripada berita-berita dalam negeri,Islam disamakan dengan agama lain (iklan raya),yang terbaru tayang cerita bogel pulak.. Nak cari publisiti murah. Agaknya rating dah jatuh ker sampai terpaksa tayang adengan yang bukan-bukan.Dah siar baru  nak sedar,baru nak minta maaf..Senang jer cuci tangan. Agaknya kalau tak ada orang report,pakat diam jerla.Boleh tayang lagi next time..Errmmm nilahh akibatnya kalau berpaksikan duit.Duit segalanya.Bukan tujuan untuk mendidik rakyat.

Saturday, 7 April 2012

Main ugut nampak....Orang tua bolehlah.

 

Jangan jadi pengkhianat seperti Ambiga, kata Perkasa kepada Pak Samad

April 07, 2012
KUALA LUMPUR, 7 April — Sayap pemuda Perkasa mendakwa pemimpin Bersih 2.0 menggunakan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said untuk menarik lebih ramai umat Islam dan pelajar menyertai perhimpunan pada 28 April ini.
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata “Pak Samad” telah menjadi seorang pengkhianat bersama Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan mengingatkan penulis berusia 76 tahun agar jangan mengorbankan kepercayaan hanya kerana seorang wanita.
“Samad Said, jangan jadi pengkhianat kepada negara. Ia amat jelas siapa Ambiga... Saya berdiri teguh dalam keyakinan saya bahawa beliau anti-Islam,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Semalam Irwan memberi amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka kerana ia diketuai oleh Ambiga yang menurut mereka anti-Islam dan “pengkhianat” bangsa.
Beliau juga mengkritik Pak Samad ekoran penglibatannya, berkata ia sesuatu yang “malang” apabila individu yang diangkat sebagai ikon negara dalam bidang seni dan kesusasteraan tidak berkalakuan bijak.
Lagi cerita di sini 

PAS IPOH TIMUR - PERKASA ker UMNO ker, semuanya kalau boleh orang-orang yang dema dah bagi anugerah,kena bersama mereka, mengipas-ngipas mereka.Kalau tidak orang-orang ini akan digelar PENDERHAKA,PENGKHIANAT. Suka-suka dema jer..

Friday, 6 April 2012

UMNO hanya berani pada Wanita OKU

Surirumah OKU diugut bunuh pasang bendera PAS

Harakahdaily, 06 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 6 April: Majlis Tindakan Dun Bukit Baru membuat laporan polis, semalam di atas ugutan bunuh yang dilakukan oleh seorang Ketua Umno Cawangan dalam Parlimen Bukit Katil ke atas seorang suri rumah OKU.

Menurut blog http://jasindaily.blogspot.com, ketua Umno tersebut dengan lagak ala gangster bersama beberapa orang pengikut datang ke rumah OKU tersebut dan menurunkan bendera PAS yang dipasang di rumah tersebut yang terletak berhadapan dengan Flat Sri Siantan, di Bukit Baru, semalam.

"Dia turunkan bendera dan ugut hendak bunuh saya jika terus gantung bendera PAS" kata surirumah OKU yang tidak mahu namanya disiarkan.

Berikutan dengan kejadian itu, Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab dan AJK PAS Kawasan Bukit Katil, Yani Ismail telah membuat laporan polis petang semalam.

Yusof berkata, perbuatan biadap dan ala gangsterisme itu jelas menunjukkan bahawa Umno benar-benar terdesak dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

"Tidak lama dahulu Umno menceroboh dan merampas markas kita di sebelah rumah surirumah OKU ini. Hari ini bila kita sewa rumah OKU ini untuk dijadikan markas kita, mereka datang turunkan bendera dan ugut hendak bunuh tuan rumah.

"Ini merupakan tindakan yang zalim dan pengecut, lebih-lebih lagi isteri tuan rumah adalah orang kurang upaya" ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Sewaktu kejadian suami surirumah OKU tersebut tiada di rumah.

PAS IPOH TIMUR - UMNO SEMAKIN TERDESAK. CUBA MENAKUT-MENAKUTKAN RAKYAT YANG TIDAK BERDAYA UNTUK MELAWAN.