Monday 22 August 2011

Qaryah Ramadhan:Pas Ipoh Timur santuni golongan miskin setempat

Pengkalan Barat Ipoh,21 Ogos: Sempena kehadiran syawal tidak lama lagi, Pas Kawasan Ipoh Timur memberi sumbangan kepada golongan miskin setempat.Program yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Ipoh Timur bermula pada pukul 6.00 petang dengan menyampaikan sumbangan berupa barangan kerperluan harian dan juga lain-lain barangan .Seterusnya mereka juga diraikan dengan majlis berbuka.Penyampaian sumbangan disampaikan oleh Mantan Calon Dun Sg Rapat,Ustaz Radhi Zainon.PAS Kawasan Ipoh Timur juga turut menyumbang pakaian terpakai kepada mereka yang memerlukan.
Selepas Solat Terawikh,majlis diteruskan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Ridhuan Mohd Noor, Ketua Penerangan DPP Pusat. Di dalam ceramahnya,antara lain,Ustaz menyeru orang Islam supaya terus berdoa kepada umat Islam di Palestin dari terus dizalimi oleh Yahudi laknutallah.Sebagai tanda kasih kita terhadap saudara seagama,ustaz Ridhuan meminta kita terus memboikot barangan-barangan yang ada hubungan dengan Israel..Penceramah turut menyarankan kita sebagai pejuang Islam agar memakmurkan masjid-masjid dengan majlis-majlis ilmu sebagaimana yang berlaku di negeri-negeri di mana Pakatan Rakyat memerintah. Hanya dengan ilmulah dapat membawa rakyat lebih faham dan dekat dengan Islam.
Majlis berakhir sekitar 12.00 tengah malam.







 













No comments:

Post a Comment