Monday, 22 August 2011

ERTI TAWAKAL

Ya Allah
dlm kembara ini KAU mengajarku erti tawakal
pada lambungan dan lenturan awan
ada takut dan harap
ada cemas dan tenang

Ya Allah
terlalu rapuh rupa rupanya imanku pada MU
terlalu jauh penyerahan ku pada MU
aku takut pada ALLAH
di mana aku di sisi MU

Ya Allah
pimpinlah aku didiklah aku
terimalah aku
sebagai hamba MU yg yakin
selalu menyerah kepada MU
dalam apa jua keadaan
dimana jua kedudukan
yg kuharap hanya kAU
rahmat dan pembelaan MU

kemudi hatiku kian longlai
pelayaran ini terlalu panjang
kembara seakan tak berhujung

aku lelah

Kaulah yg maha gagah
pada kelemahan dan keletihan ini
kupohon KAU pulihkan
berilah aku kekuatan
untuk kuteruskan perjalanan... ..

No comments:

Post a Comment