Wednesday 5 September 2012

Syria: Kisah Abu Ahmed yang hilang kakinya


Di sempadan bandar Idlib yang terletak di berdekatan dengan selatan Turki dengan Syria, saya telah berkesempatan menziarahi seorang pemuda bernama Abu Ahmed.

Beliau kini dirawat di hospital sementara yang disediakan oleh Kerajaan Turki akibaat terkena letupan bom.


(Penulis bersama Abu Ahmed yang hancur kakinya)

Kedua-dua belah kaki beliau telah hancur dan terputus akibat serpihan bom yang digugurkan dari jet pejuang tentera rejim Assad yang juga telah mengorbankan 3 lagi rakan beliau.

Namun apa yang berlaku kepada Abu Ahmed ini hanyalah satu cebisan kecil dari tragedi kemanusiaan yang terus berlaku di seluruh Syria.

Lebih memilukan lagi apabila trgedi berdarah ini tidak banyak diketahui secara langsung oleh warga luar.

Selain dari ratusan ribuan pelarian Syria yang terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka dan melarikan diri ke Turki dan Jordan, adalah dianggarkan ribuan rakyat awam juga terbunuh akibat konflik berdarah yang masih tidak menampakkan jalan penyelesaian ini.

Terlalu banyak cerita ngeri dan pilu yang boleh diceritakan kepada kepada rakyat Malaysia.

Ada cerita mengenai anak-anak yang di tembak, ada ibu-ibu dan wanita yang terkena bedilan peluru meriam, ada pemuda-pemuda yang di tembak secara rambang.

Ini tidak temasuk bilangan ribuan yang majoritinya terdiri dari pemuda-pemuda yang hilang tidak diketahui samaada mereka kini berada di dalam penjara atau hilang begitu sahaja.

Namun saya amat tersentuh hati apabila pemuda kental Abu Ahmed yang cedera teruk ini memberitahu bahawa beliau amat terkilan kerana tidak ‘Syahid’ bersama-sama teman beliau yang terbunuh itu.

Namun beliau tetap berdoa agar cepat sembuh bagi terus kembali medan peperangan bagi membebaskan negara dari kekejaman dan kezaliman rejim Assad.

Beliau yang tercedera teruk ini telah mengambil masa  lebih seminggu untuk diseludup keluar dari Syria bagi di bawa ke hospital sementara yang terletak di sempadan Turki.

Tragedi berdarah yang sedang berlaku di Syria ini adalah amat memilukan.  Tidak ada kata dan bahasa yang dapat dinukilkan.

Apatah lagi apabila melihat sendiri penderitaan anak-anak yatim yang masih kecil, ibu-ibu dan pemuda-pemuda yang tidak berdosa yang kini menjadi mangsa pertumpahan berdarah yang tidak menampakkan kesudahan.

Masyarakat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum serta seluruh masyarakat antarabangsa mesti mencari jalan bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk awam Syria yang menjadi mangsa tragedi berdarah ini.

Kini ribuan pelarian yang berada di sempadan Turki-Syria memerlukan bantuan segera dari kita. Lebih-lebih lagi dalam musim  sejuk yang mendatang ini.

Sumbangan kepada rakyat Syria boleh terus disalurkan kepada; Maybank, Atas nama Parti Islam SeMalaysia, akaun no. 564070703248.

No comments:

Post a Comment