Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee berjanji untuk mengeluarkan semula kad pengenalan khas yang membezakan warga Sabah dengan penduduk lain di Malaysia, sekiranya berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya akan datang.

Bekas ketua menteri itu berkata, kad pengenalan berkenaan bertujuan untuk membezakan warga Sabah yang tulen atau sebaliknya memandangkan ramai pendatang asing tanpa izin didakwa memiliki MyKad yang dikeluarkan kerajaan persekutuan.

NONE
Katanya, "Kad Pengenalan Sabah" itu antara lainnya akan memberi keistimewaan kepada pemegangnya untuk mendapatkan tanah, lesen perniagaan, peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam negeri.Tegasnya, kad pengenalan khas yang dijanjikannya itu hanya akan diberikan kepada warga Sabah manakala MyKad yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan adalah kad pengenalan untuk rakyat Malaysia keseluruhannya."Kuasa mengeluarkan kad pengenalan itu terbukti kerana pada masa lalu, kad pengenalan mempunyai tanda tempat dikeluarkan adalah Kota Kinabalu," katanya ketika berucap dalam satu ceramah di Kepayan, Kota Kinabalu pada Jumaat lalu.Yong berkata, janji untuk mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah itu berasaskan kepada 20 perkara yang ditandatangani apabila Sabah bersama Sarawak, Malaya dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia.Janjinya itu selari dengan kempen Pakatan Rakyat, yang kini giat berkempen untuk mengembalikan status autonomi Sabah sempena sambutan Hari Malaysia.Turut hadir dalam majlis ceramah Yong adalah penasihat SAPP yang juga bekas menteri kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansur serta tiga timbalan presiden – Datuk Eric Majimbun, Datuk Liew Teck Chan dan Amde Sidik.