Tuesday, 11 October 2011

Stesen bas Gopeng macam zaman 60-an

Stesen bas utama di Medan Gopeng, Bandaraya Ipoh, Perak bukan sahaja nampak usang tetapi persekitarannya yang agak kotor dan tidak begitu terurus dengan baiknya sedangkan orang awam bersesak-sesak dengan bunyi bising hingar bingar masih tertumpu untuk mendapatkan pengangkutan awam disana dari seawal pagi hingga kemalam. Begitu juga medan selera yang berdekatan di mana diperhatikan bukan sahaja persekitaranya juga daif tetapi kebersihan juga seolah-olah tidak layak lagi ditempatkan disebuah bandaraya yang besar saperti Ipoh, ibu negeri Perak ini. Gerai-gerai disini pun diperhatikan tidak mempamirkan harga setiap menu makanan yang dijualkan. 

Sudah sampai masanya Bandaraya Ipoh perlukan perubahan terutama sekali tempat-tempat tumpuan awam saperti stesen bas utama yang ketinggalan zaman itu dibinakan terminal bas yang moden dan canggih saperti canggihnya stesen bas Puduraya Kuala Lumpur.Ini termasuklah juga membina medan selera yang bersih dan moden.

Begitu juga perkhidmatan bas untuk laluan disekitar kawasan perbandarannya juga banyak yang sudah ketinggalan zaman dengan kepulan asap yang pekat dan hitam itu boleh mencemarkan suasana sekelilingnya.
Perubahan bandaraya Ipoh begitu ketara dengan warga kotanya semakin bertambah dan padat serta juga Ipoh adalah sebuah destinasi tumpuan pelancungan luar dan tempatan di mana hotel-hotelnya sentiasa penuh setiap masa. Oleh yang demikian Bandaraya Ipoh perlukan suntikan perubahan ketara secara fizikalnya dan infratrukturnya juga perlu diubahsuaikan untuk mengindahkan lagi ibu Negeri Perak Darul Ridzuan ini.

Suasana di stesen bas Gopeng seperti kita berada di zaman tahun 60-an ini perlu diubahkan segera dan jika boleh kita mahu melihat terminal stesen bas jika dapat dibina dan menjadi kenyataan kelak seolah-olah kita sedang berada di Bandaraya Ipoh pada tahun 2050.

Hiruk pikuk bunyi bising memengitkan telinga kerana di pusat Bandaraya Ipoh masih lagi terletaknya kem askar,sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi yang mana sepatutnya dipindahkan ke kawasan jauh daripada bandar untuk mengelakkan kesesakan yang melampau. Aliran trafik yang agak kelam kabut juga menjadikan punca kesesakan diwaktu puncak.

Dalam pada itu pula Masjid Negeri di tengah-tengah Bandaraya Ipoh juga perlukan pembesarannya kerana tidak lagi mampu jemaah yang semakin meningkat dan Masjid itu sendiri nampaknya kekurangan tempat letak kereta bagi jemaah untuk menunaikan solat terutama sekali pada hari Jumaat.
 

No comments:

Post a Comment