Friday 7 October 2011

Raja Perempuan Perak, Raja Muzwin, mangkat


Raja Perempuan Perak Raja Muzwin Raja Ariff  Shah, balu kepada Almarhum Sultan Idris Shah II, mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, semalam.

Jurucakap Istana Iskandariah berkata bonda kepada isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah itu mangkat pada pukul 4.20 petang.

Jenazah Almarhumah dibawa ke Istana Riswin di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak malam semalam dan akan disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar, Perak selepas solat Jumaat hari ini.

No comments:

Post a Comment