Monday, 17 October 2011

NAJIB: Jangan Sabotaj Calon Pilihan SAYA


SEREMBAN – Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang, para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) di semua peringkat diingatkan agar tidak mensabotaj calon pilihan BN, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, beliau mahu semua ahli dan pemimpin BN memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada calon yang terpilih bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya itu. Selanjutnya di sini


PAS IPOH TIMUR- Nampaknya PM 1 Malaysia sudah "bersuara". Apa tidaknya ini merupakan satu amaran kepada puak-puak di dalam UMNO. Harus diingat bahawa sebenarnya Najib nak beritahu : JANGAN SABOTAJ CALON PILIHAN SAYA bukan JANGAN SABOTAJ CALON PILIHAN BN. Orang hanya sabotaj kalau calon itu hanya pilihan satu pihak sahaja. Kalau sudah disyurakan (UMNO tau ker makna syura??) apa perlu diberi amaran lagi. Betul tak? cuba fikirkan..

No comments:

Post a Comment