Thursday 29 September 2011

Warna Warni Jamuan Hari Raya PAS Cawangan Kg Seri Kinta

Majlis dipengerusikan oleh Saudara Shahril Jalaluddin selaku Setiausaha PAS Cawangan Kg Seri Kinta dan Pengarah Program pada malam ini
 AF Ustaz Yus Baijuri dari Tanah Merah Kelantan, walaupun beliau seorang pegawai kakitangan awam namun beliau lantang berceramah di pentas PAS
Pengerusi surau Al Khalidiah Hj Asha Ahmad juga AJK PAS Cawangan PAS Kg Seri Kinta bersama Ketua Cawangan, Abd Rahim Dahari
 Ustaz Rahmat Yunus, Timbalan Ketua Cawangan bersama AJK Cawangan juga merangkap AJK Surau Al-Khalidiah, Hj Bakar Debong
ahli-ahli PAS Cawangan dari kalangan muslimat yang tururt hadir memeriahkan majlis jamuan hari raya ini
antara AJK dan ahli Cawangan yang aktif turut hadir
saudara Jamil antara AJK JPC yang banyak membantu bagi menjayakan program ini
antara ahli-ahli cawangan yang hadir sedang asyik mendengar taujihad dari AF Ustaz Yus
majlis jamuan hari raya Cawangan diserikan lagi dengan slot sumbangan hari raya berupa barangan dapur dari Lajnah Kebajikan PAS Ipoh Timur yang disampaikan oleh Ketua Cawangan PAS kg seri Kinta, Abdul Rahim Dahari
AJK PAS Cawangan Kg Seri Kinta, AJK PAS Kawasan Ipoh Timur dan juga ahli-ahli sedang menikmati juadah yang disajikan

30 Syawal 1432 H / 28 September 2011 M - PAS Cawangan Kg Seri Kinta mengambil kesempatan pada tarikh akhir dalam bulan Syawal ini untuk mengadakan Jamuan Hari Raya peringkat Cawangan yang telah berlangsung semalam. 

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Ipoh Timur juga bekerjasama bagi menjayakan program ini dengan menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan dapur sebagai hadiah hari raya dari PAS Kawasan kepada ahli-ahli PAS Cawangan Kg Seri Kinta.

Terima kasih kepada semua yang terlibat  dari kalangan AJK-AJK Cawangan, Kawasan dan juga JPC kerana menjayakan program ini dengan meriahnya. Program ini bermula dengan maghrib berjama'ah dan berakhir kira-kira jam 11.00 malam.




No comments:

Post a Comment