Tuesday 27 September 2011

Sambutan Aidilfitri 1432H berjalan lancar

 Saudara Sham memainkan gitarnya
 AF Ir. Ustaz Radzi Zainon juga turut hadir dalam Program Talk-Show ini dengan menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum sesi talk-show bermula
Kehadiran pelbagai lapisan umur para penonton yang ingin bertemu dengan Sham Kamikaze
'Skill yang bagus sekali'
Jamuan hari raya di siang hari
Ajk kawasan sibuk menyediakan juadah
Amalam bergotong -royong merapatkan lagi ukhwah fillah
Muslimat juga berganding bahu
Encik Shahril dan anknya
pelbagai latarbelakang politik yang hadir di majlis jamuan hari raya ini

Pada 25 September 2011, UPU Pengkalan Barat - PAS Kawasan Ipoh Timur telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di UPU Pengkalan Barat, Ipoh. Malamnya pula di datangkan khas ke UPU seorang bekas artis iaitu Saudara 'Sham Kamikaze' bagi menceriakan lagi sambutan Aidilfitri ini. Kehadiran para tetamu pelbagai kaum dan bangsa menunjukkan kesepaduan PAS dan pelbagai kaum wujud dengan baik sekali. Ramai orang muda begitu berminat untuk bertemu dengan saudara Sham Kamikaze. Beliau banyak berkongsi pengalaman semasa beliau menjadi artis dahulu. Pelbagai cabaran dan dugaan yang beliau hadapi dan ini harus dijadikan iktibar oleh semua masyarakat. Alhamdulillah dengan bakat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, beliau akan terus bermain gitar tetapi mengikut syariat Islam. Semasa pertemuan beliau telah mempersembahkan mainan gitarnya yang memukau para penonton. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan syukur program ini telah berlangsung dengan jayanya dari pagi hingga ke malam.

No comments:

Post a Comment