1. NFC
2. Lynas
3. Penyenaraian FELDA
4. Daftar Pemilih Kotor
5. PTPTN
6. APCO
7. Undang-undang baru ganti ISA
8. Royalti Minyak Kelantan
9. Laporan Audit negara 2011
10. Isu gaji minima
11. Scorpene, pendakwaan PM di Perancis, Pembunuhan Altantuya
12. Utusan, TV 3, UMNO disaman
13. UMNO-BN Samseng (Rujuk jadual 1)
Jadual 1: Kronologi Insiden Keganasan (Jan 2012-Mei 2012)
Tarikh
|
Acara/Tempat
|
Insiden
|
25 Mei
|
Lembah Pantai
|
Ahli Parlimen Lembah Pantai,
Nurul Izzah melaporkan beberapa biji telur dilempar di tangga pejabatnya.
|
24 Mei
|
Ceramah Pakatan/ Lembah Pantai
|
Beberapa individu membaling batu,
telur dan botol air ke arah para hadirin mengakibatkan seorang penonton
ceramah cedera selepas terkena batu yang dilemparkan dari arah yang tidak
diketahui dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut
terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan.
|
24 Mei
|
Ceramah Pakatan/ Kuala Kangsar
|
Terdapat 11 kereta disimbah cat
biru semasa majlis ceramah dilangsungkan, termasuk kereta Bekas Menteri Besar
Perak yang digulingkan dari kuasanya, Nizar Jamaluddin. Cat itu kebanyakannya
disimbah di bahagian lampu depan.
|
24 Mei
|
Ceramah Pakatan/ Bangi
|
Sekira-kira 30 orang melakukan provokasi
termasuk membaling batu dan melontar kata-kata kesat ketika Mat Sabu memberi
ceramah di pentas.[1]
|
20 Mei
|
Minum Petang bersama Amiga/
Merlimau, Melaka |
Dua anggota Dewan Undangan Negeri
(ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi
Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga. Salah satu daripada tayar kenderaan ADUN
Bandar Hilir Tey Kok Kiew dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik
teruk dihentam kumpulan itu.
|
11 Mei
|
Pulau Pinang
|
Kira-kira 30 anggota kumpulan pendesak
Melayu PERKASA melangsungkan "upacara pengebumian" di depan rumah
Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang bagi menyatakan perasan tidak puas
hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.
|
6 Mei
|
Pahang
|
Ibu Pejabat Keadilan Pahang diceroboh.
Pengerusi Majlis Pimpinannya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata bahawa
pecereboh itu bukan berniat mencuri tapi fail, komputer habis dimusnahkan.[2]
|
2 Mei
|
Hantar memorandum pada Perdana Menteri/
Putrajaya |
Tiga orang ahli Keadilan iaitu K.
Gunasekaran, S. Murali dan Gobalakrishnan telah tercedera akibat serangan
yang didakwa diketuai oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan semasa mereka melawat
Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada
Perdana Menteri berkenaan isu kad pengenalan bangsa India di Malaysia.[3]
|
19 April
|
Demonstrasi Mansuhkan PTPTN/ Dataran Mederka
|
Sekumpulan antara 40 hingga 80
samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran
Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi. Mereka berpakaian serba hitam, samseng itu
turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong
perkhemahan di samping mensasari terhadap mereka yang membawa kamera dan alat
perakam video.
|
3 April
|
Pertikaian rumah pangsa Kampung kerinchi/ Lembah
Pantai
|
Protes aman melibatkan seramai 433
bekas penduduk rumah pangsa Kampung Kerinchi, bertukar kecoh apabila
sebahagian penduduk enggan mengosongkan rumah mereka. Kekecohan ini juga
menyaksikan pelajar kontroversi Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi)
Adam Adli ditumbuk.
|
26 Mac
|
Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun PemerintahaPakatan
Rakyat Selangor/ Stadium Kuala Selangor
|
Seramai kira-kira 20 samseng bermotor
berkumpul di pagar stadium dan melakukan provokasi kepada hadirin, termasuk
membaling objek seperti batu dan botol air ke dalam stadium.[4]
|
26 Febuari
|
Ceramah Pakatan/
Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang |
Seorang samseng Umno mengacu
penumbuk, beberapa inci sahaja dari wajah Nurul Izzah, sebelum sempat
dihalang penyokong Pakatan.[5]
|
26 Febuari
|
Perhimpunan Hijau, Pulau Pinang
|
Sekumpulan samseng Umno menaiki
pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat
terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Pecerobon tersebut mengakibatkan
seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar bahasa Cina cedera
dipukul dengan topi keledar.
|
19 Febuari
|
Ceramah Pakatan/ Sembrong, Johor
|
Lebih 100 orang, kebanyakannya
remaja belasan tahun, telah melakukan gangguan di sebuah program ceramah
DSAI. Mereka turut melempar mercun, telur, botol dan kayu di samping melontar
kata-kata kesat ketika DSAIberucap.
vDi samping itu, sekumpulan samseng yang membawa bendera Umno dan BN itu turut memecahkan cermin kereta DSAI dan bertindak ganas menendang bahagian keretanya sehingga kemek. |
13 Febuari
|
Ceramah Pakatan / Alor Gajah
|
Sekira-kira 20 hingga 30 samseng
bermotosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut.
Malah, sejurus sebelum ceramah bermula, mereka telah menampar seorang lelaki
ahli Keadilan yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.
|
12 Febuari
|
Kebebasan Akademik/ Klang
|
Satu ceramah mengenai kebebasan
akademik terpaksa dibatalkan selepas sekumpulan remaja mengganggu majlis itu
dan mengepung lokasi sebelum ceramah bermula.
|
21 Jan
|
Ceramah ABU/ Shah Alam
|
Penyokong Umno dipercayai bertindak
ganas apabila menyerang orang ramai pada satu aktiviti ceramah ABU (Asal
Bukan Umno)-Hindraf, mereka menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu
bendera sebagai senjata memukul orang India yang berada di dalam serta di
luar dewan. Insiden ini mengakibatkan seorang ahli Kelab Penyokong PAS,
Krishnan cedera parah apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital
Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.
|
Walaupun ada ratusan isu sepanjang 2012, tetapi 11 ini adalah ‘core’ yang diperdebatkan malah ada isu yang disenaraikan diatas sebenarnya rentetan daripada tahun-tahun sebelum ini. Bagi isu ke-12 (Utusan, TV 3, UMNO disaman) penulis telah sediakan kertas kerja nyang lain sebelum ini.
Antara senjata rakyat yang memberi manfaat kepada perjuangan keadilan oleh Pakatan Rakyat adalah penubuhan beberapa NGO/platform/badan isu yang memberi fokus hanya kepada satu-satu isu sahaja.
1. BERSIH
2. NGO Royalti/R (Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan)
3. NGO R (Sekretariat Mengembalikan Royalti Minyak Terengganu)
4. Oren
5. ANAK
6. HIJAU
7. ABU
8. Jingga 13
9. SAMM/GAMIS/KAMI
10. SUARAM
11. Banyak lagi NGO yang telah lama ditubuh tetapi membuat kenyataan yang membantu penerangan Pakatan Rakyat.
AKAN BERSAMBUNG PADA SIRI AKAN DATANG. INSHAALLAH
No comments:
Post a Comment