Lagi di sini
Apa menarik cerita kat atas? Tentu anda semua merasakan tiada yang boleh diperkatakan. Ada isu sebenarnya. Sebenarnya nak bagitahu, sesuatu event besar,kalau hendak dibuat, kalau ianya merupakan program yang tidak mengganggu gugat kerajaan sedia ada atau kerajaan UMNO BN, boleh jer dema bagi kerjasama.Program yang hendak dibuat pada 24 Jun 2012,boleh diwar-warkan di dalam media 11 hari sebelum program ini dijalankan.
Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata penutupan jalan itu bagi memastikan acara tersebut berjalan lancar dan menjaga keselamatan peserta yang dijangka seramai 28,000 orang.
Acara bermula di Dataran Merdeka.
“Kita akan menempatkan 400 anggota, pegawai dan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memantau keadaan dan jalan akan ditutup secara berperingkat 15 minit sebelum pelepasan pertama dibuat iaitu pukul 4.00 pagi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Lihat,betapa mesranya polis-polis. Siap offer lagi anggotanya, Anggota DBKL dengan tujuan untuk menjaga keselamatan peserta marathon sukarela..Sekali lagi untuk menjaga keselamatan peserta. Maka apa bezanya peserta program Maraton Sukarela dan peserta program Marathon Paksarela (Bersih 3.0) dulu. Kenapa masa program Marathon Paksarela (Bersih 3.0) dulu mereka ,para peserta tidak dijaga keselamatannya? Adakah kami ini semua pendatang asing yang merusuh? Sebenarnya perbezaan dua event ini hanya berbeza dari segi pengisian sahaja.
Program marathon sukarela hanya program berlari-lari atau berhenti sekejap, kemudian sambung semula berlari tanpa siapa yang mengejar dan dikejar.Manakala program Marathon Paksarela (Bersih 3.0) adalah merupakan satu desakan atau tuntutan kepada penambahbaikan sistem pilihanraya yang ada sekarang. Itu yang kerajaan angin satu badan.maka terjadilah program marathon paksarela.Bukan setakat peserta Bersih terpaksa ala-ala marathon tidak kira kategori apa.Siap kami dikejar di setiap pelosok jalan. Hebatkan marathon paksarela ini.Fikir-fikirkanlah wahai rakyat sekalian, UBAH sekarang daripada kita perlu tunggu 5 tahun lagi.
PAS IPOH TIMUR- Marathon paksarela didefinasikan sebagai program maratahon yang dipaksa oleh anggota keselamatan atas arahan menteri BN walaupun pada asalnya program kami bernama BERSIH 3.0 yang hanya duduk bantah. Yang relanya adalah, kami rela hadir program BERSIH 3.0 walaupun pada asalnya pengisian kami hanya DUDUK dan BANTAH bertukar secara paksa kepada MARATHON dan WALKATHON ( itupun setelah dipastikan tiada polis disekitarnya)
No comments:
Post a Comment