KUALA LUMPUR, 28 Mac: Semalam, 27 Mac genap satu bulan akhbar MCA, The Star menyiarkan semuka penuh cerita dengan gambar Erykah Badu bertatu nama Allah di dadanya yang terlanjang.
Namun, sehingga kini, tidak ada sebarang tindakan yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap akhbar itu.
Namun, sehingga kini, tidak ada sebarang tindakan yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap akhbar itu.
(Laporan The Star 27 Februari lalu...gambar nama Allah telah kami kaburkan)
Hal ini amat mengejutkan kerana pelbagai desakan dibuat oleh para pemimpin Umno sendiri di samping pemimpin masyarakat agar pengajaran diberikan kepada semua akhbar agar berhati-hati dengan sensitiviti agama.
Antara yang mendesak selain pembangkang adalah Datuk Dr Mashitah Ibrahim, timbalan menteri di Jabatan Perdan Menteri, Mufti Perlis yang ternyata amat marah dan pelbagai NGO Islam yang membantah keterlanjuran akhbar MCA itu.
27 Februari lalu, akhbar itu menyiarkan tulisan semuka penuh tentang penyanyi Amerika Eryka Badu.
Yang menjolok matanya adalah gambar besar Erykah Badu dengan tatu nama Allah di dadanya yang terlanjang.
Ia dianggap menghina nama Allah kerana ia ditempatkan di dada telanjang seorang artis.
Dengan penyiaran itu, akhbar ini sudah kali ketiga menyiarkan laporan yang mencabar sensitiviti Islam.
Sebelum itu, pengarang kanan The Star membuat kritikan terbuka terhadap keputusan mahkamah syariah Pahang yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang wanita Islam kerana meminum arak di khalayak ramai.
Selepas itu, ketika bulan Ramadhan lepas, akhbar itu menyiarkan menu daging babi panggang sebagai juadah berbuka puasa.
Kedua-duanya telah menyebabkan KDN mengeluarkan surat amaran kepada The Star.
Namun, walaupun sudah dua kali The Star diberi amaran, nampaknya untuk kesalahan kali ketiga ini akhbar kerabat Umno dalam Barisan Nasional itu akan terlepas begitu sahaja tanpa sebarang amaran apatah lagi tindakan.
Ini kerana, selepas sebulan berlalu, tidak ada sebarang tindakan lagi dikenakan ke atas akhbar itu walau sekurang-kurangnya sudah dua kali pengarang kanan mereka dipanggil KDN.
Ia agak bertentangan dengan bunyi kenyataan KDN selepas mendapat jawapan The Star kepada surat tunjuk sebab darinya.
KDN berkata, mereka tidak berpuashati dengan jawapan dari The Star, namun sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dikenakan ke atas akhbar itu.
Sebelum itu, timbalan menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong yang juga AJK Pusat MCA berkata, "Tindakan selanjutkan akan dibuat berdasarkan penjelasan bertulis mereka."
"Mungkin KDN lepaskan begitu sahaja kerana mereka rasa tindakan nasihat lebih berkesan," kata satu sumber kepada Harakahdaily.
Ini kerana, minggu lalu para pegawai kanan KDN memberikan taklimat khas kepada para editor kanan The Star tentang sensitiviti umat Islam.
"Mereka diajar cara-cara menilai gambar, istilah dan perkataan yang dianggap sensitif dalam Islam," kata sumber itu.
Misalnya, penggunaan gambar Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam hendaklah dengan berhati-hati. Begitu juga kedudukan iklan yang haram bagi orang Islam.
"Sebenarnya menjadi amalan The Star sangat berhati-hati dalam hal ini. Misalnya jika disiarkan tulisan tentang Islam, muka surat sebelum dan selepas tulisan itu dipastikan tidak disiarkan tulisan atau iklan yang dianggap tidak baik oleh Islam," kata satu sumber.
(Muka surat 25 Utusan menyiarkan iklan ini, muka surat berikutnya iaitu 26 dan 27 ruangan agama...kerja sebegini tidak dibuat oleh The Star)
Sumber itu mungkin mengulas iklan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini yang menyiarkan iklan Follow Me yang berupa kaki hingga ke pinggang perempuan hampir telanjang.
Selepas iklan telanjang itu, disiarkan pula ruangan agama di muka surat berikutnya.
Seolah-olah mahu memastikan orang Islam yang mahu membaca tentang solat itu, kena lihat iklan itu dulu.
"Saya rasa mereka akan bertindak selepas pilihan raya ini...kerana The Star hendak digunakan dulu sebelum itu," kata sumber kepada Harakahdaily.
Selepas iklan telanjang itu, disiarkan pula ruangan agama di muka surat berikutnya.
Seolah-olah mahu memastikan orang Islam yang mahu membaca tentang solat itu, kena lihat iklan itu dulu.
"Saya rasa mereka akan bertindak selepas pilihan raya ini...kerana The Star hendak digunakan dulu sebelum itu," kata sumber kepada Harakahdaily.
No comments:
Post a Comment