Thursday, 25 August 2011

Qaryah Ramadhan:Pelancaran Blog&Facebook dan sumbangan sagu hati

24 Ogos,Pengkalan Barat- Qaryah Ramadhan PAS Ipoh Timur diteruskan lagi dengan pelbagai program.Pada malam tadi,selepas solat terawikh,penyampaian sumbangan sagu hati diberikan kepada  8 orang cikgu Pasti daripada PAS Ipoh Timur.Ucapan ringkas daripada Ketua Pemuda,saudara Shahril Jamaluddin mengharapkan agar sumbangan saguhati yang tidak seberapa diharap dapat digunakan bagi perbelanjaan sambutan Aildilfitri yang bakal menjelma. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang diberikan oleh guru-guru Pasti ini walaupun elaun yang diberikan tidak setimpal dengan tenaga yang dikeluarkan.Sumbangan disampaikan oleh Hj Mazlan Aliman,AJK PAS Pusat.Program kemudiannya diteruskan dengan pelancaran blog & facebook PAS Ipoh Timur sebagai media dalam menyampaikan maklumat aktiviti PAS Kawasan,Negeri & Pakatan Rakyat. Seiring dengan perkembangan media baru yang begitu memberangsangkan dikalangan orang muda,jadi PAS Ipoh Timur ingin turut sama mengambil peluang dalam menyampaikan maklumat menggunakan media baru.

Selepas pelancaran,program bersambung dengan ceramah Ramadhan yang disampaikan oleh Hj Mazlan Aliman.Dalam ceramahnya turut menyentuh tentang kebanyakan Jabatan Agama di negara kita tidak mesra kepada asnaf yang memerlukan wang zakat bagi meneruskan kehidupan sehingga ada yang tidak sanggup untuk ke Jabatan Agama lagi memohon bantuan.Beliau juga memberitahu, Institut zakat digunakan untuk membuat pelaburan kepada perkara-perkara yang tidakk berkaitan.
Hj Mazlan Aliman juga meminta petugas-petugas PAS bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang ke 13 yang mungkin berlaku selepas sesi pembentangan sidang parlimen pada akhir Oktober ini. Beliau turut memberi amaran kepada SPR bahawa sekiranya badan itu tidak membuat penambahbaikan sistem pilihanraya,kemungkinan BERSIH 3.0 akan diadakan sebelum pilihanraya umum yang ke 13.Lain-lain isu adalah berkenaan dengan penolakan UMNO mengenai akta pencegahan murtad yang pernah dibentangkan dalam sidang parlimen oleh Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang pada satu ketika dahulu.Ceramah berakhir sekitar pukul 12.00 malam.









No comments:

Post a Comment