Monday 29 August 2011

Qaryah Ramadhan telah berada di penghujungnya





28 Ramadhan 1432H, Taman Pengkalan Barat - Dengan berlangsungnya pengisian taujihad sempena malam terakhir Ramadhan yang disampaikan oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Perak, AF Ustaz Saleh Mat Said malam tadi maka berakhirlah Program Qaryah Ramadhan anjuran PAS Kawasan Ipoh Timur yang telah berjalan selama hampir 10 malam itu.

Taujihad tersebut merupakan konklusi atau kesimpulan bagi kami sebagai amilin dan kader-kader yang mendokong perjuangan Islam supaya terus berusaha supaya terus istiqomah berada di atas jalan yang diredhai Allah s.w.t ini sebagaimana firmanNya yang sering diungkapkan oleh AF Ustaz Saleh Mat Said iaitu :

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَـٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ ۚ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ ﴿٤٢﴾

"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat (kejayaan) yang dituju itu amat jauh dirasai oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri[644] dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta." (QS At Taubah : 42)

[644]. Maksudnya mereka akan binasa disebabkan sumpah mereka yang palsu.

WAllahua'alam ....

No comments:

Post a Comment