Monday 8 August 2011

Pak Samad: Tanpa alternatif, media perdana jadi 'gangster'

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru orang ramai membaca dan menyokong media alternatif bagi mendapatkan laporan berimbang bagi "menentukan sikap" sendiri". Tanpa media alternatif, media harus perdana akan jadi gangster (samseng)," kata sasterawan pelbagai genre itu.

"Dalam media arus perdana yang ada hanya hitam dan putih sahaja. Semuanya parti pemerintah betul dan pembangkang mesti salah."Berucap ketika merasmikan kempen "Jom Baca Media Alternatif" di Kuala Lumpur semalam, Samad mengakui dia sendiri sudah setahun tidak membaca media arus perdana. "Biarlah terlepas. Tetapi saya tidak merasa rugi kerana tak baca pun saya sudah tahu," katanya di hadapan kira-kira 100 peserta yang kebanyakannya mahasiswa. Lagi di sini

sumber: Malaysiakini

PAS Ipoh Timur- Kebanyakan media perdana di negara kita syok sendiri. Rakyat semakin bijak menilai fungsi media.

No comments:

Post a Comment