Thursday, 28 July 2011

Lim: Bukan lagi mustahil tumbangkan k'jaan pusat

Tidak ramai yang boleh mendakwa setaraf dengan Lim Kit Siang yang menghabiskan sebahagaian besar hidupnya memperjuangkan apa yang dipercayainya sebagai pemimpin pembangkang.

Kerjaya politik Lim bermula sebagai setiausaha agung DAP pada 1969, ketika ketegangan kaum memuncak semasa peristiwa berdarah 13 Mei yang menyaksikan beliau ditahan mengikut ISA.

NONEKali kedua beliau ditahan mengikut ISA adalah semasa Ops Lalang pada 1987. Perjalanan dunia politik Lim sebenarnya penuh berliku - beliau juga didapati bersalah membocorkan rahsia rasmi kerajaan berhubung perjanjian pembelian senjata yang mencurigakan dengan sebuah firma Swistzerland.

Bagaimanapun sepanjang 70 tahun kehidupannya itu, Lim berpendapat pembangkang telah sampai kepada kemuncaknya dan perubahaan bukan satu lagi impian seperti sebelum ini.

"... saya akan katakan buat pertama kali, mengambil-alih kuasa kerajaan pusat, bukan lagi mustahil, ia boleh dicapai,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Meskipun cuba menyembunyikan keyakinannya menjelang pilihan raya ke-13 akan datang, tetapi Lim mengakui peluang Pakatan Rakyat semakin cerah setiap hari.

NONEKatanya, himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysia mahukan perubahaan dan ditambah dengan beberpa kepincangan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, desakan rakyat semakin lantang.

"Nampaknya PM dan kerajaan sekarang gagal melihat dan menyelami kehendak rakyat... Makin hari mereka makin terpisah, (kerajaan pula) mengambil tindakan yang memutuskan mereka daripada sokongan akar umbi.

"Boleh kita capainya (mengubah kerajaan)? Saya benar-benar tidak tahu tetapi dengan setiap detik masa yang berlalu, saya bertambah lebih optimistik. Sama ada mampu bagi kami melaksanakannya, adalah soalan yang berasingan tetapi (kita) menjadi lebih optimistik,” kata Lim.

sumber: malaysiakini

PAS IPOH TIMUR- Moh koje sungguh-sungguh kalau nak menang.

No comments:

Post a Comment