Wednesday 23 January 2013

PENGALAMAN INDAH BERSAMA BN SEPANJANG 2012 - SIRI DUA


Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sg Rapat 
Disediakan oleh : Muhammad Nuruddin Bashah (Ketua Unit Penerangan MTD)

JANUARI 

1. Dato’ Jamil Khir dikaitkan dengan peminjaman duit zakat untuk membayar kos guaman terhadap DSAI. Jamil Khir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri melalui Bernama menafikan dalam berita bertajuk “Jamil Khir Perjelas Dakwaan Seleweng Wang Zakat”. Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman. Bukti seperti dibawah :- 

a. Pertama = set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00. Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat. 

b. Kedua = surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat (iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut) digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP. 

c. Laporan Ketua Audit = MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil sembunyikan fakta ini. (Sinar Harian laporan ZULAIKHA ZULKIFLI 12 Januari 2012).

FEBRUARI 

1. Isu BN seleweng STDC RM7.5 juta:

a. Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Amiruddin Hamzah mendedahkan penyelewengan kerajaan BN urus GLC iaitu Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC).

b. STDC telah membelanjakan lebih RM8 juta untuk sumbangan, walhal RM7.5 juta tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pelepasan cukai.

c. Akibatnya STDC terpaksa juga menjelaskan cukai sebanyak RM3.1 juta di samping denda atau penalti kira-kira RM1 juta, menjadikan jumlah keseluruhan yang terpaksa dibayar oleh STDC di bawah kerajaan PR sekarang ialah sebanyak RM4.1 juta .

2. Imam Hoslan Hussin (bekas Imam Masjid Ar Rahmaniyah Kampung Pandan) membaling kasut kepada hakim mahkamah Persekutuan pada 22 Februari 2012. Beliau gesa siasat penyelewengan wang ratusan ribu daripada Masjid berkenaan dan laporan telah dibuat kepada JPM, MAIWP dan Ketua Polis Negara sejak 2006 tanpa ada tindakan.

3. Daftar pemilih kotor di selangor dikesan:

a. 24000 pendaftaran berganda.

b. 15 orang didaftar dalam 1 rumah.

c. 7841 pemilih didaftar dengan kod 71 (warganegara lahir luar negara).

MAC 

1. Kerajaan ingin tenteram hati rakyat isu Lynas isytihar sisa akan dihantar ke Australia. (Malaysiakini 1 Mac):

a. Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia, Norman Moore berkata Australia tidak menyokong pengimportan dan penyimpanan sisa radioaktif dari negara-negara lain.

b. Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata kabinet telah bersetuju dengan cadangan empat menteri supaya sisa dari loji nadir bumi Lynas dihantar pulang ke Australia.

APRIL 

1. 300 ditahan, puluhan tercedera apabila Polis mengganas terhadap peserta Himpunan BERSIH 3.0:

a. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa memohon maaf atas keganasan polis dan mengaku salah laku polis sepanjang BERSIH 3.0. (Sesi soal jawan SUHAKAM dengan Panel diketuai Naib Pengerusi Suhakam, Dr Khaw Lake Thee dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen dengan ACP Khairi) .

2. Pakatan Rakyat (PR) tegas ingin menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menukarnya kepada skim biasiswa yang lebih mesra rakyat:

a. Bukanlah menghapuskan terus skim seperti PTPTN kerana menyedari anak golongan­ miskin masih memerlukan perbelanjaan untuk ke menara gading sebaliknya merombak PTPTN semula. (Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusoff)

3. Najib umum gaji minima dalam ucapan Hari Pekerja yang disiar dalam web beliau pada 30 April 2012:

a. Penubuhan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).

b. Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.

4. Isu Undang-undang Keselamatan 2012:

a. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa kuasa menteri yang menjaga hal ehwal dalam negeri terhad dalam Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. (Sinar Harian 10 April 2012).

b. Rang Undang-undang itu seseorang tidak boleh ditahan disebabkan fahaman dan tindakan politiknya.

c. Selain rang undang-undang tersebut, Parlimen juga dibentangkan dengan satu akta untuk meminda Kanun Keseksaan (Penal Code) yang memberi kuasa lebih besar kepada pemerintah untuk bertindak zalim terhadap rakyat dengan masukkan 13 kesalahan baru, termasuk:

i. Aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen (kertas pindaan rang undang-undang Kanun Keseksaan itu tidak pula dijelaskan takrif atau maksud “aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen).
ii. Cubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
iii. Penyebaran maklumat.
iv. Sabotaj.
v. Cubaan untuk melakukan sabotaj.
vi. Pengintipan.
vii. Cubaan untuk melakukan pengintipan.

d. Contoh kezaliman Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

i. Seksyen 4-Memberi kuasa kepada polis untuk menahan selama 28 hari tanpa hak untuk dibawa kepada majistret bertentangan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan,
ii. Seksyen 4- Memberi kuasa kepada polis untuk pasang peranti khas untuk pengawasan. Tiada kuasa kehakiman untuk menyemak sama ada penahanan itu wajar atau tidak. Hak habeas corpus juga dinafikan.

e. Admisibility of evidence yang longgar:

i. Keterangan saksi yang telah mati boleh dipakai,
ii. Keterangan kanak-kanak boleh diguna,
iii. Senarai geledah boleh digunakan tanpa dokumen bukti,
iv. Pengecaman tertuduh dengan gambar boleh diguna,
v. Exhibit tidak perlu jika maklumat sensitif,
vi. Tiada paksaan cara bagaimana maklumat diperolehi,
vii. Apa sahaja dihasil komputer boleh diterima sebagai bukti,
viii. Keterangan ejen provokasi boleh diterima.

MEI 

1. Kerajaan menyenarai Felda Global Ventures Holding FGVH ke Bursa Saham KL BSKL menimbulkan kemarahan peneroka:

a. Sebahagian besar daripada kira-kira 23,000 kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dikatakan kini cenderung bersama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan membantah penyenaraian syarikat Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia .

2. Daftar pengundi suku pertama 2012 Kotor:

a. Kata Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Eric Majimbun banyak nama meragukan.

b. Tidak mempunyai nama ibu bapa sehingga menimbulkan keraguan bahawa mereka itu adalah orang asing yang diberi kerakyatan melalui pintu belakang.

c. JPN memberi mereka ini kerakyatan sekaligus melayakkan mereka mendaftar sebagai pengundi.

3. Pada 3 Mei 2012, SUARAM mendedahkan bahawa ia telah mendapat akses penuh kepada kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya.

a. Suaram ahli International Federation for Human Right (badan hak asasi di Perancis) yang perkenalkan SUARAM dgn peguam yang juga urus isu komisyen/rasuah kapal selam Pakistan, Taiwan. Kerajaan Perancis fokus untuk dakwa rakyatnya sahaja kerana beri rasuah bukan berminat dengan malaysia, Pakistan atau dalaman Taiwan. Tidak ada isu Perancis bantu Suaram guling kerajaan. Tindakan sapina juga tiada obligasi si tertuduh untuk hadirke Mahkamah, tetapi UMNO sudah paranoid kerana mereka memang penerima rasuah .

4. 12 Mei 2011 Dewan Pemuda PAS Negeri Johor membuat laporan polis terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang didakwa sejak kebelakangan begitu ketara mempamerkan sikap prejudis, terhadap Islam antara kenyataannya ialah;

Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim dari bersentuhan.
Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
Mengaitkan Islam sebagai punca banyak negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi negara tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipaliti rasuah dan lain-lain lagi.

5. Isu tuduhan KAFIR kepada TGNA. New Strait Times menyiarkan satu laporan bertajuk "Nik Aziz is father of kafir" (NST 8 Mei).

AKAN BERSAMBUNG DALAM TAJUK YANG SAMA PADA SIRI YANG AKAN DATANG, INSHAALLAH ....

No comments:

Post a Comment