Jangan jadi pengkhianat seperti Ambiga, kata Perkasa kepada Pak Samad
 April 07, 2012
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata “Pak Samad” telah  menjadi seorang pengkhianat bersama Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk  Ambiga Sreenavasan dan mengingatkan penulis berusia 76 tahun agar jangan  mengorbankan kepercayaan hanya kerana seorang wanita.
“Samad Said, jangan jadi pengkhianat kepada negara. Ia amat jelas  siapa Ambiga... Saya berdiri teguh dalam keyakinan saya bahawa beliau  anti-Islam,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Semalam Irwan memberi amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai  himpunan Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka kerana ia diketuai  oleh Ambiga yang menurut mereka anti-Islam dan “pengkhianat” bangsa.
Beliau juga mengkritik Pak Samad ekoran penglibatannya, berkata ia  sesuatu yang “malang” apabila individu yang diangkat sebagai ikon negara  dalam bidang seni dan kesusasteraan tidak berkalakuan bijak.
Lagi cerita di sini 
PAS IPOH TIMUR - PERKASA ker UMNO ker, semuanya kalau boleh orang-orang yang dema dah bagi anugerah,kena bersama mereka, mengipas-ngipas mereka.Kalau tidak orang-orang ini akan digelar PENDERHAKA,PENGKHIANAT. Suka-suka dema jer.. 
 
No comments:
Post a Comment