Wednesday 13 February 2013

PENGALAMAN INDAH BERSAMA BN SEPANJANG 2012 - SIRI TIGA

Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sg Rapat 
 Disediakan oleh : Muhammad Nuruddin Bashah (Ketua Unit Penerangan MTD)

JUN  / JULAI 

1. Kerajaan BN guna pelbagai agensi menghentam SUARAM. 

a. Kaitkan Suaram dengan PKR atas alasan ia boneka PKR. ( Tian Chua, Elizeberth Wong, Sivarasa adalah pemimpin Suaram yang menyertai politik). 

b. Dana asing dalam SUARAM hanya sekitar RM 200 000 bagaimana ia boleh mengguling kerajaan? Jika kerajaan tidak mahu George Soros beri dana kepada NGO tempatan kerajaan perlu beri bantuan kepada NGO untuk hidup sehingga mereka tiada alsan untuk ambil dana asing. Kerajaan malaysia tidak langsung menyumbang untuk NGO hak asasi . 

2. Rafizi ditangkap pada 31 Julai 2012 . 

a. Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam 1 Ogos 2012 kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail. 

b. Rafizi didakwa menzahirkan baki akaun peribadi NFC, National Meet and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Mohd Salleh kepada perunding media Yusuf Abdullah dan Erle Martin Carvalhoe. 

c. Beliau didakwa bawah Seksyen 97, Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia). 

d. Jika sabit kesalahan Rafizi boleh dipenjara tiga tahun atau denda RM3 juta. 

OGOS 

1. Sambutan Merdeka seperti sambutan ulangtahun UMNO . 

a. Rakyat hambar naikkan bendera. 

b. Sambutan tahun 2012 dipolitikkan . 

c. Kehadiran sambutan anjuran kerajaan amat hambar. 

d. Lagu merdeka tajuk Janji Ditepati (Slogan BN) tiada kaitan dengan sambutan kemerdekaan. Laman YouTube, setiap video yang memaparkan lagu ini menunjukkan bilangan pengunjung yang mengundi untuk tidak menyukai (dislike) jauh lebih tinggi berbanding pengunjung yang mengundi untuk menyukai (like) video lagu ini. Susunan melodi cincai dan melulu, lirik menceritakan janji-janji BN . 

2. Isu bendera Sang Saka Melayu.  

a. Anak muda yang hadir ke Dataran Merdeka tahun 2012 mengibar bendera Sang Saka Melayu iaitu bendera asal orang Melayu yang juga pernah cuba dipopular oleh PKMM dan Dr Burhanuddin Al helmi. 

b. Aktiviti mengibar bendera ini kelihatan serius berbanding isu seks bebas, arak di malam merdeka oleh kerajaan BN. Malah disamakan aktiviti ini dengan tindakan menunjuk punggung ke gambar Najib serta ingin disiasat dengan Akta Hasutan dan kanun Keseksaan. 

SEPTEMBER 

1. Harga saham FGVH telah jatuh ke paras psikologi RM 5.00 apabila ditutup pada harga RM 4.85 pada 5 September. 

2. Kerajaan menswastakan kerja menyaman rakyat melalui pemasangan AES. 

3. Lesen operasi sementara (TOL) diberikan kepada LYNAS pada 5 September 2012.

4. Samseng UMNO PERKASA baling kasut kepada DSAI.

a. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar nyaris terkena balingan kasut oleh kumpulan Perkasa yang hadirmembantah majlis tazkirah Maghrib bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong.

b. Yang disasarkan ke arah Anwar bagaimanapun, terkena jemaah yang duduk di sebelahnya.

OKTOBER 

1. Isu sumbangan 40 juta.

a. Jutawan balak Sabah Michael Chia pada 2008 ditahan di Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya, sebelum lelaki itu berjaya berlepas dengan pesawat ke Malaysia. Chia ditahan dan didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram. Chia memberitahu penyiasat rasuah Hong Kong ICAC bahawa wang tersebut adalah untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman .

b. Wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong ke Malaysia yang berakhir sebagai ‘sumbangan kepada Umno Sabah’.

c. Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

d. Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong. Setiausaha Agung TI-M, Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.

e. Najib mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu .

2. MCA hina Islam lagi.

a. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, pelaksanaan hukum hudud di negara ini, dasar yang dihasratkan oleh Pas selama ini, akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan. ( Sinar Harian, Malaysia kini 18 Oktober 2012)

3. Laporan Ketua Audit Negara 2011. Baru sahaja dibentangkan di Parlimen selepas 2 minggu parlimen bersidang:

a. Laporan Ketua Audit Negara 2011 (LKAN) hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September2012 .

b. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kelewatan Laporan ketua Audit Negara 2011 memberi peluang wakil rakyat untuk membahaskan secara terperinci Bajet 2013.

c. Kerajaan tidak sanggup menjawab di dalam Parlimen isu Audit 2011.

NOVEMBER 

1. Tan Sri Musa Hasan dan Deepak Jaikishen membuat pendedahan buruk berkenaan Hishamuddin, Najib dan Rosmah (PAU sedang berlangsung).

2. Isu Daftar Pemilih KOTOR (Kes Parlimen Lembah Pantai).

a. Sehingga suku 1 tahun 2012, 70,136 pengundi dalam daftar pengundi, hampir 45 peratus tidak diberi alamat lengkap.

b. Seramai 2,661 pengundi tiada nombor rumah ataupun nama jalan, tetapi ada lokaliti dan daerah mengundi.

c. Undi pos juga menjadi penyumbang kerana peningkatan 1,500% daripada 154 pada 2008 kepada 2,227 pada suku ke-3 2012.

3. BN mainkan isu DSAI membawa fahaman Pluralisme agama (samarata agama) .

a. Isu pluralisma hanya dimainkan untuk mengalihkan pandangan umum terhadap isu kezaliman, rasuah dan penyelewengan yang didiamkan supaya tidak diketahui umum.

b. Kata DSAI Pluralisma itu ialah menyamakan semua agama. Itu soal akidah. Macam mana saya kata semua agama sama? Saya solat ikut Islam. Saya tidak solat pergi gereja.

DISEMBER 

1. Isu penyelewengan katil hospital .

a. Didedah oleh Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri pada 26 Disember 2012.

b. Penyelewengan peruntukan katil buat pesakit dan hospital baru yang gagal dibina untuk setiap negeri.

c. Kerajaan sepatutnya menyediakan peruntukan 60,000 katil hospital untuk lebih 28 juta rakyat, tetapi perjanjian itu dilanggar apabila jumlah yang disediakan tidak mencukupi.

d. Hanya ada 30,000 katil di setiap hospital seluruh negara, iaitu separuh daripada yang diperuntukkan.

TAMAT

No comments:

Post a Comment